Suspek berusia 27 tahun ditahan dengan kerjasama polis Kuala Lumpur dan Bukit Aman dalam serbuan di sebuah premis di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, kira-kira jam 7.30 malam Jumaat lalu.
Serbuan di Damansara
Polis turut merampas sebuah komputer dan peralatannya bagi membantu siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata susulan itu, polis melancarkan satu lagi serbuan di sebuah rumah di Damansara Damai, juga di ibu negara, tetapi tiada sebarang tangkapan atau rampasan dilakukan.
"Suspek direman tiga hari hingga esok (Isnin) bagi membantu siasatan. Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan," katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.
Keluar perkataan kesat
Media sebelum ini melaporkan Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Johor dan Pemuda UMNO Bahagian Pulai membuat laporan polis terhadap satu akaun Facebook atas nama 'Zul Yahya' yang didakwa menghina Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Pemilik akaun Facebook itu didakwa mengeluarkan perkataan kesat serta menghina Sultan Johor mengenai kedudukan baginda yang mengetuai Grup Gerak Khas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi laman sosial berkenaan, 12 Oktober lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan